MAC 2022

Premier Abg Jo Hadiri Sessi Zoom


KUCHING, Jumaat: Alhamdullilah, Premier Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg kelihatan agak sihat pada pagi Jumaat ketika masih dalam tempoh pengasingan tujuh hari ekoran jangkitan COVID-19 dan sempat menghadiri sessi zoom bersama ahli-ahli SDMC di kediaman beliau.

Pada sessi satu jam tersebut Premier diberi taklimat oleh agensi berkenaan mengenai Satu SOP, 9 garis Panduan ke Fasa Endemik, perkara-perkara mengenai VTL (Vacinnated Travel Lane) dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April. 

Pandangan dan cadangan telah dikemukakan, khususnya mengenai pembukaan semua sempadan negara, terutama sempadan Sarawak dengan negara-negara jiran di mana beberapa ketetapan telah dibuat yang akan diumumkan oleh SDMC. 

Hadir bersama dari terminal zoom di lokasi masing-masing Timbalan-Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Professor Dr. Sim Kui Hian dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sumber dari : Sarawakku